Hari guru disambut pada 16 Mei setiap tahunsebagai penghargaan kepada para guru. Tarikh ini dipilih sebagai Hari Guru kerana pada hari bulan yang sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran sebagai dasar pelajaran bagi negara kita. Dokumen tersebut dikenali sebagai Laporan Razak (Razak report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak itu.
Objektif Hari Guru
- Menitik beratkan peranan guru dalam pembinaan kebangsaan (termasuk perpaduan dan integrasi) pembangunan negara dan perkhidmatan kepada masyarakat
- Menarik perhatian ibu bapa, murid dan orang ramai kepada peranan penting kaum guru dalam masyarakat Malaysia.
- Memupuk perasaan perpaduan ikhtisas dan muhibbah di antara guru.
- Meninggikan martabat dan taraf guru dalam masyarakat,
- Memberi peluang untuk memajukan kecekapan guru melalui seminar-seminar, persidangan-persidangan dan sebagainya yang diadakan pada Hari Guru.
- Menilai secara objektif peranan guru dengan berlatarbelakangkan Malaysia dan mengambil langkah-langkah supaya peranan itu lebih berkesan.
Pelbagai aktiviti dilaksanakan dalam menyambut Hari Guru. Aturcara Sambutan Hari Guru peringkat IPGKTHO seperti berikut:
- Bacaan ikrar Hari Guru
- Ucapan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar
- Ucapan Pengerusi Kelab Staf
- Persembahan pelajar
Tarian kipasLakonanNyanyianPersembahan tarian IndiaPersembahan KoirPertandingan MTQ
Persembahan MultimediaPersembahan Tarian Kanak-Kanak Tabika IPGKTHODeklamasi Sajak "Hari Guru"
- Ucapan Pengarah IPGKTHO
Gallery Sambutan Hari Guru 16 Mei 2013
| Persembahan Kanak-Kanak Tabika IPGKTHO |
| Para penonton di Dewan Seri Budiman |
| Persembahan Kanak-kanak Tabika |
| Tarian Kipas Pelajar PISMP |
| Persembahan Tarian Kipas |
| Selamat Hari Guru |
| Sebahagian pensyarah yang menghadiri Sambutan Hari Guru |
| Sebahagian pelajar yang berada di Dewan Seri Budiman |


No comments:
Post a Comment