9 May 2013

Hari Keluarga KESTHO (11 Mei 2013)



 Video Hari Keluarga

Hari Keluarga Kelab Staf Tun Hussein Onn (KESTHO) diadakan setiap tahun. Program ini merupakan program yang sangat penting. Ini bukan sahaja  dapat mengeratkan silaturahim di kalangan warga IPTHO tetapi juga dapat memberikan semangat perpaduan . IPGKTHO  terdiri dari pelbagai bilang kaum seperti Melayu, Cina dan India. Ini dapat menanamkan semangat kekitaan dan cintakan kepada organisasi.




Tahun 2013 sekali lagi KESTHO menempah sejarah apabila Ahli Jawatankuasa telah kata sepakat untuk mengadakan Hari Keluarga pada 11 Mei 2013 (Sabtu). Lokasi yang dipilih ialah Wet World Batu Pahat Vilage Resourt, Johor. Semua warga IPGKTHO digalakkan hadir dalam program ini.Semua warga yang datang perlu mendaftar seawal 9.30 pagi. Lokasinya yang  nyaman dan bertemakan air dapat menenangkan fiiran kepada para pengunjung.


Majlis dimulakan  mulai 9.30 pagi dengan acara pendaftaran peserta. Selepas itu upacara pembukaan yang didahului dengan ucapan pengerusi majlis. Ini diikuti dengan ucapan Pengerusi KESTHO sesi 2013. Selepas itu ucapan Pengarah IPGKTHO di mana ini merupakan majlis pembukaan Hari Keluarga.
Aturcara Hari Keluarga
Pelbagai acara disediakan. Acara sukan neka yang dikendalikan oleh Jawatankuasa KESTHO seperti permainan Manusia Berantai, Weeding Day, Tug of War, pungut bola dalam air dan lain-lain lagi acara menarik . Ini diakhiri dengan upaca penyampaian hadiah kepada para pemenang.Dijangkakan  ramai staf IPGKTHO akan menyertai program ini. Program  Hari Keluarga KESTHO di akhiri jamuan makan tengahari yang disediakan oleh KESTHO yang disedaiakan kepada ahlinya.

Jawatankuasa Penganjur Hari Keluarga

Bersama rakan menyaksikan aktiviti KESTHI di Wet World


Di Wet World


Sebahagian daripada peserta tarik tali


Peserta tarik tali dalam air


Pemandangan di Wet World Batu Pahat

Peserta tarik tali (Lelaki) dalam air




No comments:

Post a Comment