27 Jul 2011

Kajian Kes


Penilaian Perisian Multimedia Interaktif Topik Jalur Gemilang” :
Satu Kajian Kes

Pengenalan

Wan Mohd Zahid Mohd Noordin (1993) menyatakan untuk mencapai sistem pendidikan yang cemerlang, perlulah berganjak dari norma kebiasaan kepada yang lebih kreatif, inovatif dan imaginatif.  Untuk menyempurnakan amanah bangsa dan negara, seharusnya diwujudkan sistem pendidikan yang terbaik untuk menghasilkan insan yang mempunyai daya ketahanan tinggi bagi memenuhi aspirasi dan kehendak individu, masyarakat  dan negara.  Untuk ini juga, budaya berfikir yang melibatkan bukan sahaja andaian-andaian, malah perubahan cara berfikir, cara bekerja, cara mengurus, pedagogi dan sebagainya.

Kementerian Pelajaran telah mengedarkan 1,000 salinan CD –ROM perisian multimedia dan diedarkan kepada 80 buah sekolah bestari, 500 sekolah yang terbabit dengan program komputer dalam pendidikan di seluruh negara di samping 14 Pusat Sumber Pendidikan Negeri (PSPN), 352 Pusat Kegiatan Guru (PKG), dan 27 Institiut Pendidikan Guru (IPG), serta beberapa Bahagian Kementerian Pelajaran.  Selain itu,
pembangunan perisian  dibangunkan dengan tujuannya untuk menarik minat pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran di samping  menambahkan minat pelajar untuk belajar sesuai dengan hasrat Falsafah Pendidikan Negara yang menghendaki pelajar seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani dan  intelek serta mempunyai ciri keterampilan.

Pernyataan Masalah
Di sekolah mata pelajaran Sejarah merupakan  mata pelajaran wajib  di peringkat Sijil  Pelajaran  Malaysia (SPM). Menurut Talib (1999). Guru hanya menggunakan kaedah   tradisional iaitu menghafal,  berbincang bercerita dan banyak  lagi kaedah  yang membosankan pelajar. Mohd Fazli  (2008) pengajaran yang menggunakan  media pengajaran  membantu pelajar berinteraksi dengan lebih   efektif  dan melibatkan  diri semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Pengajaran  dan pembelajaran akan lebih mudah dan menarik jika menggunakan bahan bantu mengajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran menurut Laporan Nazir (2009). Kajian yang telah dijalankan oleh Perkhidmatan Pendidikan Media, Kementerian Pendidikan (1986) telah menunjukkan bahawa kejayaan pembelajaran banyak bergantung  kepada usaha guru yang boleh menyesuaikan  teknik dan bahan dalam aktiviti dan projek pembelajaran.

Objektif  Kajian
Objektif utama Kajian Kes ini adalah untuk menilai keberkasan  berbantukan CD Interaktif bagi tajuk Bendera Kita  mengikut sukatan Sejarah Sekolah Menengah Tingkatan Lima. Tajuk Perisian  ini ialah Jalur Gemilang . Objektif kajian ini dilaksanakan adalah seperti berikut:
i.          Keberkesanan penggunan perisian multimedia  yang dinilai dari aspek
prestasi pencapaian pelajar tingkatan 5 bagi tajuk  Bendera Kita.
ii.         Mengenalpasti  samada  pembelajaran menerusi multimedia  ini dapat  merangsang minat pelajar dalam mata pelajaran  Sejarah  berbanding  pengajaran tanpa  perisian.
iii.        Meningkatkan  daya  perhatian dan  tarikan  pelajar dalam proses pembelajaran.
iv.        Kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif  (kemahiran analisis).

Kepentingan Kajian

Kepentingan kajian ini kepada pelajar ialah untuk melihat keberkesanan pengunaan perisian yang dinilai melalui ujian pra dan ujian pos.  Diharap pelajar dapat  menggunakan bahan perisian multimedia dengan berkesan.  Ini kerana pembelajaran berbantu multimedia dapat mempelbagaikan bahan rujukan pelajar kerana ia boleh diaplikasikan dengan pelbagai aktiviti pembelajaran seperti teks, meneliti gambar, video, visual pembelajaran dan sebagainya.  Selain daripada itu, menurut Sharifah Alawiah Alsagof (1987) pelajar tidak perlu terikat dengan sesuatu gaya pembelajaran kerana pembelajaran berbantu multimedia ini dapat menangani masalah perbezaan pelajar dengan mengindividukan pengajaran mengikut kebolehan mereka.  Zol Bahri Razali (2001) pula menyatakan penggunaan bahan perisian multimedia secara tidak langsung akan meningkatkan kefahaman pelajar seterusnya meningkatkan pencapaian pelajar.

METODOLOGI KAJIAN





Sebagaimana yang telah dijelaskan sebelum ini, matlamat utama kajian ialah untuk menilai perisian multimedia pendidikan “Jalur Gemilang” dengan melihat isi kandungan pengajaran, strategi pengajaran, persembahan pengajaran, aspek teknikal  serta keberkesanan pengajaran pembelajaran menggunakan perisian ini melalui ujian t – 2 hujung.  Bab ini akan menerangkan aspek-aspek isi kandungan perisian, komponen perisian, reka bentuk kajian, tempat kajian, sampel, instrumen, kajian rintis, prosedur mengutip data dan bagaimana data dianalisis.

Reka Bentuk Kajian

Bentuk kajian yang dijalankan ialah kajian kes.  Reka bentuk kajian ini adalah bersifat kuantatif.  Reka bentuk kuantatif yang digunakan adalah bentuk soal selidik tinjauan.  Reka bentuk kajian ini adalah berbentuk deskriptif.  Menurut Mohd Majid  (1998) penyelidikan deskriptif merupakan penyelidikan yang bermatlamat untuk menerangkan sesuatu fenomena yang sedang berlaku.  Jenis penyelidikan deskriptif yang digunakan dalam kajian ini adalah jenis tinjauan.  Menurut Blake dan Champion (1976) kaedah tinjauan merupakan satu cara yang spesifik bagi mengumpul maklumat berkenaan sekumpulan besar populasi. 

Populasi dan Sampel Kajian

Jumlah pelajar yang mengikuti mata pelajaran  Sejarah yang dikaji  seramai tiga puluh  satu orang pelajar dari Tingkatan 5 SMK Dato` Onn, Batu Pahat, Johor. Mereka adalah pelajar yang telah didedahkan mengenai mata pelajaran Sejarah.  Menurut Webster (1985) sampel adalah bahagian set responden yang dipilih daripada populasi yang lebih besar untuk tujuan kajian.  Manakala menurut Mohd Majid (1998) perlu digalakkan melebihi 30 unit kerana andaian bahawa taburan normal biasanya dipenuhi apabila saiz sampel melebihi 30 unit.  Dengan pertambahan saiz sampel akan lebih mewakili populasi  dan mengurangkan ralat persampelan.  Menurut Krejcie dan Morgan (1970) tatacara untuk menentukan sampel yang betul adalah seperti jadual 3.1 di bawah.

Instrumen Kajian

Instrumen yang digunakan dalam kajian ini adalah soal selidik, soalan ujian pra dan ujian pos.  Menurut Majid Konting (1998 ) penggunaan borang soal selidik dapat meningkatkan ketepatan dan kebenaran gerak balas yang diberikan oleh responden kerana ia tidak dipengaruhi oleh gerak laku pengkaji.  Soal selidik kemudian diubahsuai mengikut keperluan penilaian perisian “Jalur Gemilang”.  Bagi instrumen Ujian Pra dan Ujian Pos  adalah dibina oleh penyelidik dan mendapat pengesahan dari pakar bidang berkenaan iaitu Puan Rupidah binti  Suib, Ketua  Panitia Mata Pelajaran Sejarah, SMK Dato` Onn  Batu Pahat. 

Penganalisan Data

Data dari soal selidik penilaian perisian dianalisis dengan menggunakan kaedah analisis statistik deskriptif iaitu peratus, min, dan sisihan piawai.  Untuk mendapatkan sama ada terdapat perbezaan yang signifikan  bagi pencapaian pelajar sebelum dan selepas menggunakan perisian ini.data dianalisis menggunakan Ujian T jenis “Paired-Sample T.Test”.  Statistik deskriptif (keperihalan) digunakan untuk mengumpul data, membuat rumusan dan menyampaikan rumusan  maklumat dalam bentuk yang paling mudah difahami oleh kumpulan sasar.

DAPATAN KAJIAN

Analisis Soal Selidik Penilaian Pelajar

            Statistik deskriptif berfokuskan kepada analisis peratus, min, dan sisihan piawai digunakan dalam penganalisisan data kuantitatif.  Data telah dianalisis dengan menggunakan perisian “Statistical Package For Social Science (SPSS) version 11.5 for Windows”

Analisis Pencapaian Pelajar

i.          Keberkesanan Penggunaan Perisian Terhadap Pencapaian Pelajar
Jadual : Prestasi Pelajar Dalam Ujian Pra dan Ujian Pos Bagi Ujian Pencapaian.
Pelajar
Skor Ujian Pra (%)
Skor Ujian Pos (%)
Beza
(%)
Peningkatan Skor (%)
P1
53
73
20
37.74
P2
53
87
34
64.15
P3
60
73
13
21.67
P4
53
80
27
50.94
P5
53
87
34
64.15
P6
53
67
14
26.42
P7
60
73
13
21.67
P8
73
87
14
19.18
P9
40
73
33
82.50
P10
53
80
27
50.94
011
47
67
20
42.55
P12
53
80
27
50.94
P13
73
87
14
19.18
P14
60
80
20
33.33
P15
40
60
20
50.00
P16
60
80
20
33.33
P17
47
67
20
42.55
P18
47
67
20
42.55
P19
53
73
20
37.74
P20
47
60
13
27.66
P21
40
67
27
67.50
P22
73
87
14
19.18
P23
53
80
27
50.94
P24
47
73
26
55.32
P25
53
87
34
64.15
P26
67
73
6
8.96
P27
60
80
30
33.33
P28
40
73
33
82.50
P29
53
87
34
64.15
P30
60
87
27
45.00
P31
67
87
20
29.85

No comments:

Post a Comment