12 Nov 2012

Majlis Konvokesyen UTHM ke-12 Part 2

Majlis Konvokesyen UTHM ke-12 Part 2

Video Konvokesyen Part 2





Video Konvokesyen UTHM Part 1



Majlis Konvokesyen UTHM ke 12 Part 1


Majlis konvokesyen UTHM ke 12   Sidang 2 telah diadakan pada 3 November 2012 (Sabtu).  Konvokesyen Sidang 2 telah diadakan di Dewan Universiti Tun Hussein Onn, Parit Raja Batu Pahat. Majlis dimulakan dengan perarakan masuk ke dewan oleh  para graduan dan diikuti dengan pegawai-pegawai kanan serta  Senat dan Pro Canselor. Penganugerahan  di sesi  sidang 2 ini meliputi Ijazah Sarjana Pendidikan (Instructional Design Technologi) dan juga penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan kepada para graduan. Majlis tamat pada pukul 5.30 petang.




9 Nov 2012

Telesidang Video (videoconferencing)

Tarikh::09 November 2012 (Jumaat)

Satu taklimat tentang penggunaan  Telesidang Video0 telah diadakan pada 9 November 2012. Taklimat ini telah disampaikan oleh  Pegawai Teknologi Maklumat IPG Kampus Tun Hussein Onn, Batu Pahat. Telesidang ini diadakan di bilik Telesidang Video di Pusat Shmber. Taklimat ini telah dihadiri oleh pensyarah-pensyarah  dari Jabatan Teknologi Pendidikan IPGKTHO.

Tujuan taklimat  telesidang video ini ialah memberi pendedahan kepada semua pensyarah JTP IPGKTHO tentang cara penggunaannya. Dalam taklimat ini sesi demo telah diadakan. Beberapa IPGK telah dihubungai untuk  sesi Telesidang Video. Misalnya Telesidang Video ke IPG Kampus Temenggung Ibrahim, IPG Kampus Ipoh dan juga IPGM Induk. Sesi berhubung telah diadakan secara  bersemuka atas talian.


Peserta telah didedahkan tentang  button-button yang digunakan, setting ke IPG lain di  7 IPG yang telah siap dipasang dengan kemudahan ini. Antara muka yang menarik penggnaan kamera yang boleh ubah telah menceriakan penggunaan  sesi demo telesidang.



Kemudahan Telesidang IPGKTHO ini telah ditempatkan di Pusat Sumber IPGKTHO. Sesi taklimat ini diadakan mulai jam 9.30 pagi dan tamat pukul 11.oo pagi. Sesi soal jawab dengan pegawai berkenaan telah diadakan.


 Peserta sedang khusuk mendengar taklimat


 Pegawai Teknologi Maklumat sedang memberikan taklimag
penggunaan Telesidang Video



7 Nov 2012

Moderasi Skrip EDU3105



Tarikh: 8 November 2012 (Khamis)



Moderasi skrip jawapan bagi  kertas EDU3105-Teknologi dalam Pengajaran dan Pengajaran telah diadakan pada 8 Vovember 2012 (Khamis). Moderasi ini  diadakan di bilik mesyuarat Jabatan Teknologi Pendidikan, IPG Kampus Tun Hussein Onn. Peperiksaan bagi kertas EDU3105 tekah diadakan pada 31 Oktober 2012.





Tujuan moderasi kertas jawapan ini adalah untuk menyelaraskan  permarkahan yang dibuat oleh pemeriksa. Semua pensyarah JTP  yang mengajar  bagai mata pelajaran ini terlibat dalam moderasi ini. Mereka ialah En. Zelkefli bin Shahrom, Muhammad Amin bin Simon, En. Mohan a/l Palaniandy, En. Omar bin Zakaria, Pn. Haslina binti Mohamad, Dr Ong Cjiek Pin dan Cik Kan Fong Kuen. Pengerusi moderasi  ialah En. Ismail bin Jaafar.


Fokus utama dalam moderasi ini ialah pada  skrip jawapan yang menitik beratkan  soalan  aneka pilihan, soalan struktur, soalan esei. Soalan aneka pilihan  memberikan pemberatan 20 soalan, soalan struktur 4 soalan  yang wajib dijawab. Soalan ini meliputi  topik-topik utama  yang terdapat dalam proforma  kursus. Pemberatan setiap soalan ialah 6 markah  untuk soalan 1a, 4 markah untuk soalan 1b dan begitulah seterusnya  untuk 3 soalan yang lain dalam kategori soalan struktur.Bagi  kategori soalan esei pula, fokus utama dalam moderasi ini ialah ialah soalan esei  bagi topik reka bentuk pengajaran, media pengajaran dan juga topik-topik yang lain. Pemberatan markah bagi setiap  soalan ialah 8 markah untuk soalan 1a, 12 markah untuk soalan 1b. Begitulah seterusnya untuk 2 soalan esei yang seterusnya.


Moderasi ini telah dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Jabatan Teknologi Pendidikan dan Penyelaras  mata pelajaran EDU 3105 sebagai Ketua Moderasi. Moderasi ini dimulakan dengan menukar skrip jawapan EDU 3105 kepada pemeriksa kedua, ketiga dan seterusnya  untuk dinilai . Perbincangan telah diadakan untuk memastikan dapatan penilai  pertama dan kedua mempunyai selisih markah yang minima. Ini bagi memastikan kesahan dan kebolehpercayaan skrip  yang diperiksa adalah tinggi.


Di akhir  moderasi  ini, pemeriksa  yang berkenaan telah memasukkan markah yang telah dimoderasi kedalam borang  khusus sebelum dihantar kepada Unit Penilaian dan Peperiksaan IPG Kampus Tun Hussein Onn. Moderasi bermula pukul 9.00 pagi dan temat pada pukul 12.30 tengahari.


Angkagiliran
Jumlah skrip
Pemeriksa
2011291340001-2011291340030
30
1
2011291340031-2011291340078
29
2
2011291340079-2011291340109
29
3
2011291340110-2011291340139
29
4
2011291340140-2011291340169
30
5
2011291340170-2011291340200
30
6
2011291340201-2011291340223
23
7





5 Nov 2012

Majlis Konvokesyen UTHM ke-12

Majlis Konvokesyen kali ke-12 UTHM telah diadakan pada 3-4 November 2012. Majlis yang penuh bermakna kepada para graduan. Majlis ini telah siadakan  selama 2 hari yang melibatkan 4 sidang.
Sidang pertama disempurnakan pada 3 November 2012 -Sabtu pukul 8.00 pagi dan berakhir pukul 1.00 tengahari.
Sidang Pertama
Pengurniaan Ijazah Doktor Falsafah Kejuruteraan Awam, Ijazah Doktor Falsafah Pendidikan Teknik dan Vokasional, Ijazah Doktor Falsafah Teknologi Maklumat  dan Doktor Falsafah Harta Tanah dan Fasiliti. Manakala Ijazah Sarjana juga dikurniakan kapda hari ini dan diikuti dengan Ijazah Sarjana Muda.




Manakala sidang 2 bermula  pukul 2.00 petang dan berakhir  pukul 5.00 perang.Aturcara sepertiberikut:

Ketibaan

2.00 petang
Para tetamu mengambil tempat duduk
2.30 petang
Ketibaan Naib Canselor, Yang Berbahagia  Profesor Dato’ Dr. Mohd  Noh bin  Dalimin dan Yang Berbahagian Profesor Datin  Maryati bbinti Mohamed
2.35 petang
Ketibaan  Pengerusi Lembaga  Pengarah  Yang Berbahagia Tan Sri Dato,  Ir. Jamilus bin  Md Husin dan Puan  Sri Juriah binti Dato’ Ahmad
2.45 petang
Keberangkatan Tiba Duli Yang Amat Mulia Tunku  Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota  Johor, Pro-Canselor.

Perarakan Besar

3.00 petang
Perarakan Besar masuk ke Dewan  mengikut susunan berikut:
Graduan
Staf Akademik
Ahli Senat dan Pegawai Kanan
Naib-naib Canselor, Rektor dan Wakil Universiti
Ahli Lembaga Pengarah




Penerima Ijazah Sarjana Pendidikan Teknik (Rekabentuk Instruksional dan Teknologi) di Majlis Konvokesyen UTHM kali ke-12.









22 Oct 2012

Ujian Akhir Kursus KISSM

Tarikh : 23 Oktober 2012


Ujian Akhir Kursus KISSM berlangsung pada 23 Oktober 2012. Kumoulan sasar adalah terdiri daripada pelajar-pelajar PISMP Ambilan Januari 2009 pengkhususan Bahasa Cina, Pendidikan Khas, dan Reka bentuk Teknologi (RBT1, RBT2 dan RBT3). Sebanyak  5 kumpulan terlibat yang jumlahnya seramai 96 orang calon. UAK dilaksanakan di Dewan Seri Budiman. IPG Kampus Tun Hussein Onn.


Calon-calon akan menjawab soalan  objektif dan Soalan esei. Soalan objektif merangkumi 40 soalan aneka pilihan yang mesti dijawab dalam tempuh 40 minit. Seterusnya calon dikehendaki menjawab 4 soalan esei iaitru 2 soalan dari Bahagian I dan 2 soalan seteusnya daripada Bahagian 2.



Soalan-soalan meliputi pelbagai topik seperti Perintah Am, PKPA, Dasar-dasar Kerajaan, Integriti, Nilai dan Etika dan juga kewangan. Calon perlu lulus dalam KISSM yang merupakan satu syarat membolehkan calon dilantik dalam perjawatannya sebagai guru.

Pengawas peperiksaan terdiri daripada Hj. Muhammad Amin bin Simon, Hj Esa bin Abd Rahman dan juga En Mohamad Daud bin Yamin selaku Ketua Pengawas pada hari itu.





21 Oct 2012

Kursus Penyeliaan Praktikum (Mentoring)

Tatikh: 22 Oktober 2012 (Isnin)

Penceramah: Hj. Mahat bin Ibrahim

Batu Pahat; Satu kursus penyeliaan praktikum (mentoring) untuk pensyarah-pensyarah  bukan opsyen Bahasa Cina, Bahasa Melayu, Pendidikan Jasmani, Seni Visual, J-Qaf, moral dan Sains diadakan di Bilik LDP IPG Kampus Tun Hussein Onn.Kursus ini  bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada kumpulan sasar agar penyeliaan praktikum dapat diselaraskan. Ini bermaksud semua  penyelia seharusnya mempunyai cara  penyeliaan mengikut subjek yang telah ditetapkan.

Peserta Kursus Mentoring



Kursus di Bilik LDP IPGKTHO

Aturcara  kursus




Masa
Aturcara
7.00-8.00 pagi
Pendaftaran Peserta
8.00-9.00 pagi
Strategi Penyeliaan Praktikum
(Tn. Hj.. Mahat bin Ibrahim)
9.00-10.00 pagi
Kaedah  Penyeliaan Praktikum
(Perbengkelan  mengikut subjek)

Bahasa Cina
(Tan. Geck Kiang-Unit Bahasa Cina)

Bahasa Melayu
(En. Ibrahim bin Yuso-Jabatan Pengajian Melayu)

Pendidikan  Jasmani
(Tn. Hj. Abd Rahman bin Amat-Unit PJK)

Sains
(Tn. Hj. Zakaria bin Mohd Nor-Jabatan Sains Matematik)

Seni
(Tn. Hj. Mohd Jamel bin Ismail-Jabatan Kajian Sosial)

I-Qaf
(Pn. Sharifah Mastura binti Ahmad-JAPIM)
10.30-12.45 tgh
Aspek bimbingan  dan penyeliaan praktikum
(Pengalaman  mengikut subjek)

Bahasa Cina
(Pn. Koe Mee Choo-Unit Pengajian Cina)

Bahasa Melayu
(Pn. Hjh. Mazni bin Mohd Salleh /Pn. Siti Dahlia binti Abdullah-JPM)

Pendidikan  Jasmani
(Tn. Hj. Abd Kadir bin Abd Rahim-Unit PJK)

Sains
(En. Tokiap bin Tokimin-Unit Sains)

Seni
(En. Manan bin Sarbani-abatan Kajian Sosial)

I-Qaf/Moral
(Pn. Hjh. Pauziah binti Omar/En. Mohd Dzulkifli bin A. Jalil)
12.45-2.00 ptg
Rehat
2.00-4.00 petang
Kaedah Penilaian Praktikum Mengikut Sibjek
Perbengkelan Mengikut Subjek

Bahasa Cina
(Pn. Koe Mee Choo-Unit Pengajian Cina)

Bahasa Melayu
(Pn. Hjh. Roselena binti Abd Karim-JPM)

Pendidikan  Jasmani
(Tn. Hj. Abd Rahman bin Amat-Unit PJK)

Sains
(En. Tokiap bin Tokimin-Unit Sains)

Seni
(En. Manan bin Sarbani-abatan Kajian Sosial)

I-Qaf/Moral
(Pn. Hjh.Mastura binti Ahmad.En. M.Asrar-JAPIM)
4.00-5.00 petang
Membangun Profesionalisme Pensyarah
(En. Koh Kok Hwee-Timbalan Pengarah)


Mendengar taklimat

Nota Kursus