22 Oct 2012

Ujian Akhir Kursus KISSM

Tarikh : 23 Oktober 2012


Ujian Akhir Kursus KISSM berlangsung pada 23 Oktober 2012. Kumoulan sasar adalah terdiri daripada pelajar-pelajar PISMP Ambilan Januari 2009 pengkhususan Bahasa Cina, Pendidikan Khas, dan Reka bentuk Teknologi (RBT1, RBT2 dan RBT3). Sebanyak  5 kumpulan terlibat yang jumlahnya seramai 96 orang calon. UAK dilaksanakan di Dewan Seri Budiman. IPG Kampus Tun Hussein Onn.


Calon-calon akan menjawab soalan  objektif dan Soalan esei. Soalan objektif merangkumi 40 soalan aneka pilihan yang mesti dijawab dalam tempuh 40 minit. Seterusnya calon dikehendaki menjawab 4 soalan esei iaitru 2 soalan dari Bahagian I dan 2 soalan seteusnya daripada Bahagian 2.



Soalan-soalan meliputi pelbagai topik seperti Perintah Am, PKPA, Dasar-dasar Kerajaan, Integriti, Nilai dan Etika dan juga kewangan. Calon perlu lulus dalam KISSM yang merupakan satu syarat membolehkan calon dilantik dalam perjawatannya sebagai guru.

Pengawas peperiksaan terdiri daripada Hj. Muhammad Amin bin Simon, Hj Esa bin Abd Rahman dan juga En Mohamad Daud bin Yamin selaku Ketua Pengawas pada hari itu.





No comments:

Post a Comment