20 Oct 2012

KISSM KOHOT 3/2012

Tarikh: 21 Oktober 2012 (Ahad)
Blog KISSM


Kursus  Induksi Sistem Saraan Malaysia (KISSM) Kohot 3 telah adakan mulai 21 -23 Oktober 2012 .  Taklimat kursus ini telah diadakan pada bulan September 2012. Pelajar yang terlibat  ialah pelajar PISMP Ambilan Januari 2009 pengkhususan Bahasa Cina, Pendidikan Khas (Cina) , RBT1,RBT2 dan RBT3. Kursus ini telah diadakan  di Balai Ilmu, IPG Kampus Tun Hussein Onn, Batu Pahat, Johor.
Hj. Muhammad Amin sedang memberikan ceramah

Sesi ceramah dan perbincangan telah diadakan di kalangan pelajar tersebut. Jadual kursus dimulakan dengan Sesi 1- Topik Akauntabiliti dan Refleksi  oleh Tn. Haji Esa bin Abd Rahman (8.00-10.00 pagi). Sesi 2 pula dikendalikan oleh Tn. Hj. Muhammad Amin bin Simon dengan topik  Keselamatan dan Perundangan Sekolah (Akta Pendidikan 1996 Pindaan 2000).

Peserta Kursus

Sesi 3 disebelah petangnya pula dikendalikan oleh En. Mohamad Daud bin Yamin dengan  tajuk Emotional Intelligence Competencies. Pada 22 Oktober 2012 (Isnin) sesi telah disambung oleh  Pn. Pengarah dengan tajuk Struktur  Organisasi Kementerian Pendidikan Malaysia  dan Timbalan Pengarah dengan topik Kurukulum Standard Sekolah Rendah (KBSR).

Peserta kursus PISMP Ambilan Jan 2009 (Semester 8)


Ujian Akhir Kursus(UAK) pula diadakan pada 23 Oktober 2012. Seramai 96 calon layak menduduki Ujian Akhir Kursus yang diadakan di DewanSeri Budiman, IPG Kampus Tun Hussein Onn.

Seorang peserta sedang memberikan pendapat



Klip video pendapat peserta   kursus  KISSM (Pendapat  1)



Klip  video pendapat peserta kursus KISSM (Pendapat 2)



Klip video pendapat  peserta kursus KISSM (Pendapat 3)







2 comments: