KAJIAN
MENGENAI PENGGUNAAN E-PEMBELAJARAN DI KALANGAN PELAJAR GSTT PPISMP AMBILAN DEC 2011 IPG KAMPUS TUN
HUSSEIN ONN
Oleh
Muhammad Amin bin simon
Jabatan
Teknologi Pendidikan IPGKTHO
OKTOBER 2012
ABSTRAK
Kajian ini
bertujuan untuk mengenalpasti kecekapan diri (self-efficacy) pelajar
GSTT PPISMP Ambilan Dec 2011 terhadap
e-pembelajaran, halangan-halangan yang dihadapi oleh pelajar dalam penggunaan
e-pembelajaran dan hubungan antara kecekapan diri (self-efficacy) dengan
halangan-halangan dalam penggunaan e-pembelajaran. Seramai 50 pelajar yang sedang mengikuti GSTT PPISMP Ambilan Dec
2011 telah dipilih sebagai sampel kajian
ini. Bagi mendapatkan data-data yang berkaitan, soal selidik telah digunakan,
dan analisis deskriptif telah dijalankan untuk menjawab persoalan-persoalan
kajian. Hasil kajian menunjukkan tahap kecekapan diri pelajar GSTT PPISMP
Ambilan Dec 2011 adalah tinggi.
Kecekapan diri pelajar secara
keseluruhannya mencatat nilai min 3.5433. Terdapat enam halangan utama yang dikaji dalam kajian ini
iaitu halangan personaliti, halangan gaya pembelajaran, halangan arahan, halangan organisasi, halangan
situasi, dan halangan teknologi. Antara keenam-enam halangan, halangan teknologi mencatat min yang
tertinggi iaitu 2.513.Halangan
situasi mencatat min 2.13
dan halangan arahan mencatat min 2.02.
Halangan personaliti pula mencatat min 1.947manakala halangan
organisasi mencatatkan min 1.913. Halangan gaya pembelajaran mencatatkan min
yang terendah iaitu 1.813. Halangan-halangan e-pembelajaran secara
keseluruhannya mencatatkan nilai min 2.037. Dapatan kajian menunjukkan pekali
korelasi bagi pasangan pembolehubah halangan-halangan dalam penggunaan
e-pembelajaran dan kecekapan diri terhadap e-pembelajaran adalah rendah
memandangkan nilai pekali korelasi sebanyak -0.384. Di samping itu, terdapat
beberapa cadangan terhadap kajian ini dan kajian lanjutan juga dibincangkan.
No comments:
Post a Comment