30 Mar 2013

Hatyai Thailand dalam kenangan





Video ini dirakam pada 28 Mac 2013. Hatyai, Thailand  dalam kenangan memberikan gambaran sepintas lalu perjalanan dari Padang Besar, Perlis  ke Bandar Hatyai melalui jalan darat. Perjalanan mengambil masa 1 jam 30 minit sejauh kira-kira 100 km. Untuk ke bandar ini, beberapa pekan dan bandar kecil dilalui. Sebuah bandar  yang di dalamnya terdapat pelbagai aktiviti ekonomi seperti perniagaan, perkhidmatan dan perhotelan. Melalui Hatyai juga pengunjung boleh terus ke Songkhla dan juga Yala. Jalan yang dilalui  menggunakan lebuh raya tanpa dikenakan sebarang tol.Tapi perlu berhati-hati kerana harga petrol di Thailand adalah berbeza-beza. Ada stesen minyak menjual dengan harga 40 bat/liter (RM4.00/liter). Ada juga yang menjual dengan harga 50 bat (RM5.00/liter). Harga tak sama. Jadi kalau berhajat ke sini, tangki minyak kenderaan perlu dipenuhkan di Malaysia.



23 Mar 2013

Hentian Mahkota, Parit Simen, Batu Pahat





Hentian  Mahkota terletak kira-kira 15 km daripada Batu Pahat. Jika anda ingin ke sini, anda boleh melalui Jalan Batu Pahat-Muar. Perjalanan mengambil masa kira-kira 20 minit. Bila anda sampai di Parit Simen, anda boleh membelok ke sebelah kiri. Pemandangan di sini amat indah.


Persekitaran  Hentian Mahkota dikelilingi oleh hutan bakau. Terdapat beberapa gerai makanan yang menjadi tarikan pengunjung. Taman permainan kanak-kanak juga disediakan. Selain daripada itu kemudahan tandas, surau juga terdapat di sini.


Apa yang menarik bagi pengunjung di sini ialah terdapatnya kumpulan kera yang sentiasa kelihatan jinak. Kumpulan ini akan tertarik kepada mpara pengunjung yang membawa makanan. Jika anda membawa makanan, sudah tentulah kumpulan kera ini akan mengelilingi anda. Kera - kera ini akan mengambil apa sahaja yang ada pada para pengunjung.


Selain daripada itu, di isni juga tempat pendaratan  nelayan kecil sisir pantai. Para nelayan akan balik membawa hasil tankapannya. Para pengunjung boleh membeli hasil tangkapan ikan daripada para nelayan di sini.

Jalan menuju ke Hentian Mahkota



Kemudahan riadah di Hentian Mahkota, PT Simen


Taman Permainan kanak-kanak


Hutan bakau terletak di bahagian belakang gerai


Taman permainan kanak-kanak


Hutan bakau



Seekor burung bangau



Hutan bakau di tepi pantai



Akar hutan bakau



Jeti untuk nelayan



Pemandangan di tepi pantai



Bot nelayan

Hentian bot nelayan di Pt. Simen




Pemandangan ang indah


Tempat rekreasi



19 Mar 2013

Kursus Pensyarah IPG 2013-Zon Selatan

Kursus Induksi Pensyarah IPG 2013 Zon Selatan

Tarikh: 17-21 Mac 2013

Video ini dirakam semasa  sesi pengajaran pembelajaran menggunakan ICT. Tempat dilaksanakan di IPG Perempuan Melayu Melaka. Seramai 111 orang pensyarah terlibat dalam kursus ini. Mereka dibahagikan kepada 2 kumpulan iaitu kumpulan A dan Kumpulan B . Sementera kumpulan kecil pula ialah 11 kumpulan daripada Kumpulan A dan kumpulan B, Mereka  terdiri daripada pensyarah IPGKTHO (Batu Pahat) , IPGKRM (Seremban( , IPGKTI (Johor Bahru) dan IPGKPMM(Melaka)


7 Mar 2013

Perasmian Kejohanan Trek dan Padang 2013



7 Mac 2013 (Khamis)
Perasmian Kejohanan Trek dan Padang telah disempurnakan oleh Timbalan Pengarah .Perasmian ini diadakan pada 7 Mac 2013 di Padang IPGKTHO. Semua pelajar PISMP dan PPISMP terlibat dalam kejohanan ini. Pensyarah dan semua warga IPGKTHO turut menjayakan program ini. Majlis perasmian dimulakan pukul 2.00 petang manakala perasmian penutup diadakan  pukul 5.30 petang.Pelbagai acara dipertandingkan permasuk lari 100m, 4 x 400m dan sebagainya.



6 Mar 2013

Video Acara Balapan 2013



Video ini dibangunkan pada 6 Mac 2013. Kandungan video ini berfokus kepada aktiviti jualan yang dilaksanakan oleh para pelajar. Pelbagai makanan dijual di sini sempena  aktiviti Kejohanan Trek dan Padang di IPG Kampus Tun Hussein Onn. Di samping itu dipaparkan juga  pelbagai acara yang dipertandingkan seperti acara lompat jauh, lompat tinggi dan sebagainya. Pada hari ini aktiviti  ditumpukan kepada acara balapan. Di sebelah pagi dilaksanakan raptai perbarisan bagi menghadapi Kejohanan Trek dan Padang yang akan diadakan pada 7 Mac 2013 (Khamis).

5 Mar 2013

Video Pameran JTP-2012

Video ini adalah bahan pameran yang diadakan  di Ruang Legar Jabatan Teknologi Pendidikan, IPG Kampus Tun Hussein Inn,

Kejohanan Merentas Desa 2013

Video ini dibangunkan pada 5 Mac 2013. Gambar yang diraklamkan  berkisar kepada permulaan  aktiviti merentas desa, semasa aktiviti dilaksanakan dan juga  masa penamat, Kesemua pelajar PISMP dan juga PPISMP sesi Jan-Mei 2013  terlibat dalam aktiviti yang dijalankan  hari ini.