23 Mar 2013

Hentian Mahkota, Parit Simen, Batu Pahat





Hentian  Mahkota terletak kira-kira 15 km daripada Batu Pahat. Jika anda ingin ke sini, anda boleh melalui Jalan Batu Pahat-Muar. Perjalanan mengambil masa kira-kira 20 minit. Bila anda sampai di Parit Simen, anda boleh membelok ke sebelah kiri. Pemandangan di sini amat indah.


Persekitaran  Hentian Mahkota dikelilingi oleh hutan bakau. Terdapat beberapa gerai makanan yang menjadi tarikan pengunjung. Taman permainan kanak-kanak juga disediakan. Selain daripada itu kemudahan tandas, surau juga terdapat di sini.


Apa yang menarik bagi pengunjung di sini ialah terdapatnya kumpulan kera yang sentiasa kelihatan jinak. Kumpulan ini akan tertarik kepada mpara pengunjung yang membawa makanan. Jika anda membawa makanan, sudah tentulah kumpulan kera ini akan mengelilingi anda. Kera - kera ini akan mengambil apa sahaja yang ada pada para pengunjung.


Selain daripada itu, di isni juga tempat pendaratan  nelayan kecil sisir pantai. Para nelayan akan balik membawa hasil tankapannya. Para pengunjung boleh membeli hasil tangkapan ikan daripada para nelayan di sini.

Jalan menuju ke Hentian Mahkota



Kemudahan riadah di Hentian Mahkota, PT Simen


Taman Permainan kanak-kanak


Hutan bakau terletak di bahagian belakang gerai


Taman permainan kanak-kanak


Hutan bakau



Seekor burung bangau



Hutan bakau di tepi pantai



Akar hutan bakau



Jeti untuk nelayan



Pemandangan di tepi pantai



Bot nelayan

Hentian bot nelayan di Pt. Simen




Pemandangan ang indah


Tempat rekreasi



No comments:

Post a Comment