27 Jul 2011

Kajian Kes


Penilaian Perisian Multimedia Interaktif Topik Jalur Gemilang” :
Satu Kajian Kes

Pengenalan

Wan Mohd Zahid Mohd Noordin (1993) menyatakan untuk mencapai sistem pendidikan yang cemerlang, perlulah berganjak dari norma kebiasaan kepada yang lebih kreatif, inovatif dan imaginatif.  Untuk menyempurnakan amanah bangsa dan negara, seharusnya diwujudkan sistem pendidikan yang terbaik untuk menghasilkan insan yang mempunyai daya ketahanan tinggi bagi memenuhi aspirasi dan kehendak individu, masyarakat  dan negara.  Untuk ini juga, budaya berfikir yang melibatkan bukan sahaja andaian-andaian, malah perubahan cara berfikir, cara bekerja, cara mengurus, pedagogi dan sebagainya.

Kementerian Pelajaran telah mengedarkan 1,000 salinan CD –ROM perisian multimedia dan diedarkan kepada 80 buah sekolah bestari, 500 sekolah yang terbabit dengan program komputer dalam pendidikan di seluruh negara di samping 14 Pusat Sumber Pendidikan Negeri (PSPN), 352 Pusat Kegiatan Guru (PKG), dan 27 Institiut Pendidikan Guru (IPG), serta beberapa Bahagian Kementerian Pelajaran.  Selain itu,
pembangunan perisian  dibangunkan dengan tujuannya untuk menarik minat pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran di samping  menambahkan minat pelajar untuk belajar sesuai dengan hasrat Falsafah Pendidikan Negara yang menghendaki pelajar seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani dan  intelek serta mempunyai ciri keterampilan.

Pernyataan Masalah
Di sekolah mata pelajaran Sejarah merupakan  mata pelajaran wajib  di peringkat Sijil  Pelajaran  Malaysia (SPM). Menurut Talib (1999). Guru hanya menggunakan kaedah   tradisional iaitu menghafal,  berbincang bercerita dan banyak  lagi kaedah  yang membosankan pelajar. Mohd Fazli  (2008) pengajaran yang menggunakan  media pengajaran  membantu pelajar berinteraksi dengan lebih   efektif  dan melibatkan  diri semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Pengajaran  dan pembelajaran akan lebih mudah dan menarik jika menggunakan bahan bantu mengajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran menurut Laporan Nazir (2009). Kajian yang telah dijalankan oleh Perkhidmatan Pendidikan Media, Kementerian Pendidikan (1986) telah menunjukkan bahawa kejayaan pembelajaran banyak bergantung  kepada usaha guru yang boleh menyesuaikan  teknik dan bahan dalam aktiviti dan projek pembelajaran.

Objektif  Kajian
Objektif utama Kajian Kes ini adalah untuk menilai keberkasan  berbantukan CD Interaktif bagi tajuk Bendera Kita  mengikut sukatan Sejarah Sekolah Menengah Tingkatan Lima. Tajuk Perisian  ini ialah Jalur Gemilang . Objektif kajian ini dilaksanakan adalah seperti berikut:
i.          Keberkesanan penggunan perisian multimedia  yang dinilai dari aspek
prestasi pencapaian pelajar tingkatan 5 bagi tajuk  Bendera Kita.
ii.         Mengenalpasti  samada  pembelajaran menerusi multimedia  ini dapat  merangsang minat pelajar dalam mata pelajaran  Sejarah  berbanding  pengajaran tanpa  perisian.
iii.        Meningkatkan  daya  perhatian dan  tarikan  pelajar dalam proses pembelajaran.
iv.        Kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif  (kemahiran analisis).

Kepentingan Kajian

Kepentingan kajian ini kepada pelajar ialah untuk melihat keberkesanan pengunaan perisian yang dinilai melalui ujian pra dan ujian pos.  Diharap pelajar dapat  menggunakan bahan perisian multimedia dengan berkesan.  Ini kerana pembelajaran berbantu multimedia dapat mempelbagaikan bahan rujukan pelajar kerana ia boleh diaplikasikan dengan pelbagai aktiviti pembelajaran seperti teks, meneliti gambar, video, visual pembelajaran dan sebagainya.  Selain daripada itu, menurut Sharifah Alawiah Alsagof (1987) pelajar tidak perlu terikat dengan sesuatu gaya pembelajaran kerana pembelajaran berbantu multimedia ini dapat menangani masalah perbezaan pelajar dengan mengindividukan pengajaran mengikut kebolehan mereka.  Zol Bahri Razali (2001) pula menyatakan penggunaan bahan perisian multimedia secara tidak langsung akan meningkatkan kefahaman pelajar seterusnya meningkatkan pencapaian pelajar.

METODOLOGI KAJIAN