22 Aug 2013

Pertandingan Inovasi

Keputusan Pertandingan  Inovasi dalam Pengajaran dan Pembelajaran







Kategori Individu



Tempat Pertama



Tempat Kedua



Tempat Ketiga



Kategori Kumpulan


Tempat Pertama


Tempat Kedua




Tempat Ketiga



















21 Aug 2013

Hari Inovasi 2013


Tarikh: 21 Ogos 2013 (Rabu)


Program Hari Inovasi dan Anugerah Kualiti 2013 telah didakan di Dewan Seri Budiman.Tema yang dipilih ialah "Kreativiti dan Inovasi Melonjakkan Transformasi Pendidikan bersesuaian dengan tugas dan peranan pensyarah sebagai golongan yang berada dalam barisan hadapandemi mengekekalkan sifat-sifat pendidik yang mengamalkan amalan penyelidikan.Tema ini bertepatan dengan hala tuju dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 di balah elemen Asperasi Murid yang bermatlamat untuk melahirkan murid yang berfikiran kreatif dan inovatif.


Hari Inovasi menyediakan peluang dan ruang kepada seluruh warga kampus untuk mengesah dan memperagakan bakat  dan daya kreativiti agar dapat memberi satu impak  kepada warga IPHKTHO  dalam usaha menghasilkan produk atau kaedah baru ke arah keberkesanan perlaksanaan kurikulum.

video

Lagu Malaysia Inovasi



video

 Kumpulan Koir IPGKTHO

Objektif
Secara umumnya, pertandingan kreatif dan inovasi bertujuan untuk melahirkan pensyarah yang kreatif dan inovatis untuk
  1. meningkatkan pemikiran kreatif fan onovatif dalam pengajaran dan pembelajaran ke arah pendekatan pedagogi yang lebih interaktif
  2. Mendedahkan pelaksanaan inovasi dalam amalan pengajarn dan pembelajaran.
  3. Menjadikan wadah perkongsian bahan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang kreatif dan inovatif dalam kalangan warga pendidik.
Pentas Hari Inovasi 2013


Bahan  Inovasi JTP


Peserta Jabatan Teknologi Pendidikan






Add caption



Peserta dari Jabatan Teknologi Pendidikan



Jabatan Tamaddun Islam dan Moral


Para hakim sedang membuat penilaian




23 May 2013

Moderasi EDU3105 Mei 2013 (PPG)

22 Mei 2013-Moderasi Kertas EDU 3105-Teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran
Moderasi ini dilaksanakan di bilik Jabatan Teknologi Pendidikan. Ia dihadiri oleh semua pensyarah Jabatan Teknologi Pendidikan yang mata pelajaran ini.
Panel pemeriksa


Tujuan moderasi ini dilaksanakan ialahuntuk menyelaraskan markah yang diberi oleh para pemeriksa. Markah ini dipastikan supaya tidak terdapat jurang perbezaan yang besar di antara satu pemeriksa dengan pemeriksa yang lain.
Ketua peperiksa/moderator


Bagi mata pelajaran ini, terdapat 2 bahagian iaitu Bahagian A, Bahagian B dan bahagian C, Bahagian A mkerupakan 20 soalan objektif yang perlu dijawab semua para calon. Bahagian B merupakan soalan yang diberi dalam bentuk struktur dan wajib dijawab oleh semua calon. manakala bahagian c merupakan soalan esei yang perlu dijawab hanya 2 soalan daripada 3 soalan yang diberi.

Penal sedang bersidang

Ketua pemerisa dan moderator perlu memainkan peranan bagi memastikan tidak terdapat perbezaan yang besar  mengikut item-item yang ditetapkan.

Pemeriksa meneliti skrip jawapan

Kursus Pensyarah IPG 2013-Fasa 2

22-23 Mei 2013- Kursus Pensyarah IPGM bagi slot ICT dalam pengajaran dan pembelajaran  dilaksanakan. Kursus ini dilaksanakan di bilik LDP 1 pada 22 Mei 2013 (Rabu) Seramai 35 orang pensyarah baru mengikuti kursus ini. Kebanyakan mereka  didatangkan dari sekolah-sekolah  dan ditempatkan di IPG Kampus Tun Hussein mengikut opsyen masing-masing. Kursus ini berkaitan dengan LMS yang dilaksanakan di IPG Tun Hussein Onn, Batu Pahat
Peserta berbincang dalam kumpulan

Pada  23 Mei 2013 (Khamis) kursus ini dilaksanakan mulai 8.00 pagi dan berakhir pukul 5.00 petang. Pensyarak ini kebanyakan ditempatkan mengiku kepakaran dan opsyen dalam jabatan masing-masing. Mereka dikehendaki membawa laptop  kerana kursus ini berfokuskan kepada komputer. Kursus ini memberi pendedahan kepada peserta tentang pengurusan  pembelajaran  dalam talian.

Berbincang dalam kumpulan

Cuba menjelajah portal pembelajaran

Peserta kursus

Khusuk menghadap komputer

Membuat persediaan dalam perbincangan

Peserta berbincang sesuatu dengan rakan sejawat

Khusuk menerima penerangan

16 May 2013

Bengkel Inovasi 2013

17 Mei 2013 (Jumaat)

Kursus penulisan artikel penyelidikan pendudukan dan inovasi merupakan satu usaha untuk memberi kefahaman dan pengetahuan tentang cara sistematik menulis dan membuat  pelaporan inovasi. Usaha ini diharap dapat meningkatkan profesionalisme keguruan dalam kalangan pensyarah dari segi perspektif membudayakan aktivitikan aktiviti penyelidikan  dan membuat inovasi dalam organisasi.


Kursus ini telah diadakan di IPG Kampus Tun Hussein onn pada 17 Mei 2013 (Jumaat) mulai 8.30 -4.30 petang. Ia dihadiri para peserta  penyelidikan dan inovasi .
Aturcara
Bacaan doa
Ucapan pengerusi majlis
Ucapan Ketua Jabatan PIPK
Ucapan Timbalan Pengarah IPGKTHO
Slot 1 (Inovasi)
Slot 2 (Penulisan artikel penyelidikan pendidikan)

Tempat: balai Ilmu dan Bilik LDP 3 dan 4





Galerry Kursus Penulisan dan Inovasi
Penerangan oleh Jawatankuasa Inovasi

Peserta kursus

Sebahagian peserta kursus

Peserta siap sedia menyeidakan bahan pembentangan



Contoh hasil Penyelidikan yang dimuatklan dalam Cerana IPGKTHO


Cerana 2009


Cerana 2010



Cerana 2011







15 May 2013

Sambutan Hari Guru IPGKTHO 2013

16 Mei 2013 (Khamis)

Hari guru disambut pada 16 Mei setiap tahunsebagai penghargaan kepada para guru. Tarikh ini dipilih sebagai Hari Guru kerana pada hari bulan yang sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran sebagai dasar pelajaran bagi negara kita. Dokumen tersebut dikenali sebagai Laporan Razak (Razak report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak itu.

Objektif Hari Guru

  1. Menitik beratkan peranan guru dalam pembinaan kebangsaan (termasuk perpaduan dan integrasi) pembangunan negara dan perkhidmatan kepada masyarakat
  2. Menarik perhatian ibu bapa, murid dan orang ramai kepada peranan penting kaum guru dalam masyarakat Malaysia.
  3. Memupuk perasaan perpaduan ikhtisas dan muhibbah di antara guru.
  4. Meninggikan martabat dan taraf guru dalam masyarakat,
  5. Memberi peluang untuk memajukan kecekapan guru melalui seminar-seminar, persidangan-persidangan dan sebagainya yang diadakan pada Hari Guru.
  6. Menilai secara objektif peranan guru dengan berlatarbelakangkan Malaysia dan mengambil langkah-langkah supaya peranan itu lebih berkesan.


Pelbagai aktiviti  dilaksanakan dalam menyambut Hari Guru. Aturcara  Sambutan Hari Guru peringkat IPGKTHO seperti berikut:

  • Bacaan ikrar  Hari Guru
  • Ucapan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar
  • Ucapan Pengerusi Kelab Staf
  • Persembahan pelajar
Tarian kipas
Lakonan
Nyanyian
Persembahan tarian India
Persembahan Koir
Pertandingan MTQ
Persembahan Multimedia
Persembahan Tarian Kanak-Kanak  Tabika IPGKTHO
Deklamasi Sajak "Hari Guru"
  • Ucapan Pengarah IPGKTHO


Gallery Sambutan Hari Guru 16 Mei 2013

Persembahan Kanak-Kanak Tabika IPGKTHO


Para penonton di Dewan Seri Budiman

Persembahan Kanak-kanak Tabika

Tarian Kipas Pelajar PISMP

Persembahan Tarian Kipas

Selamat Hari Guru

Sebahagian pensyarah yang menghadiri Sambutan Hari Guru

Sebahagian pelajar yang berada di Dewan Seri Budiman

10 May 2013

Perhimpunan Bulanan Bil 5 /2013 IPGKTHO

6 Mei 2013 (Isnin)
Perhimpunan bulanan telah diadakan pada 6 Mei 2013. Perhimpunan staf ini diadakan di Balai Ilmu. Semua warga IPGKTHO  telah hadir dalam perhimpunan ini. Majlis ini dimulakan dengan pendaftaran para staf akademik dan sokongan di meja urusetia. Perhimpunan ini dikendalikan oleh Jabatan Teknologi Pendidikan.

Nyangian lagu  negaraku 

Tepat pukul 8.00 pagi majlis dimulakan dengan nyangian  lagu Negaraku, Lagu IPG dan lagu IPTHO. Ini diikuti dengan bacaan doa oleh Ustaz Khairul Anuar Abu Bakar dan disusuli dengan bacaan ikrar diketuai oleh Dr Ong Chiek Pin. Seterusnya  tayangan video JTP yang di bangunkan oleh  En. Hassan bin Ahmad. Ini disusuli dengan makluman  dafj pelbagai Jabatan . Ucap utama  Pengarah  bermula selepas maklumat-maklumat utama disampaikan oleh penganjur. Majlis diakhiri dengan lagu  Bangsa Johor.

Perhimpunan IPGKTHO

Bacaan ikrar oleh Dr. Ong Chiek Pin
Majlis penyampaian cenmderhati juga dilaksanakan  dalam perhimpunan ini. Cenderhati ini  diberi kepada staf yang menyambut ulang tahun pada bulan mei ini. Ini sebagai tanda penghargaan dan sanjungan kepada staf yang telah berbakti kepada organisasi IPGKTHO.

Penyampaian  cenderahati Hari Jadi