6 Mei 2013 (Isnin)
Perhimpunan bulanan telah diadakan pada 6 Mei 2013. Perhimpunan staf ini diadakan di Balai Ilmu. Semua warga IPGKTHO telah hadir dalam perhimpunan ini. Majlis ini dimulakan dengan pendaftaran para staf akademik dan sokongan di meja urusetia. Perhimpunan ini dikendalikan oleh Jabatan Teknologi Pendidikan.
|
Nyangian lagu negaraku |
Tepat pukul 8.00 pagi majlis dimulakan dengan nyangian lagu Negaraku, Lagu IPG dan lagu IPTHO. Ini diikuti dengan bacaan doa oleh Ustaz Khairul Anuar Abu Bakar dan disusuli dengan bacaan ikrar diketuai oleh Dr Ong Chiek Pin. Seterusnya tayangan video JTP yang di bangunkan oleh En. Hassan bin Ahmad. Ini disusuli dengan makluman dafj pelbagai Jabatan . Ucap utama Pengarah bermula selepas maklumat-maklumat utama disampaikan oleh penganjur. Majlis diakhiri dengan lagu Bangsa Johor.
|
Perhimpunan IPGKTHO |
|
Bacaan ikrar oleh Dr. Ong Chiek Pin |
Majlis penyampaian cenmderhati juga dilaksanakan dalam perhimpunan ini. Cenderhati ini diberi kepada staf yang menyambut ulang tahun pada bulan mei ini. Ini sebagai tanda penghargaan dan sanjungan kepada staf yang telah berbakti kepada organisasi IPGKTHO.
|
Penyampaian cenderahati Hari Jadi |
No comments:
Post a Comment