27 Apr 2013

Gotong Royong Perdana 2013

Gotong Royong Perdana telah diadakan pada 27/04/2013 (Sabtu) di IPG Kampus Tun Hussein Onn, Batu Pahat. Gotong royong ini telat disertai oleh para stad akademik dan sokongan serta para pelajar PISMP,PPISMP dan DPLI . Gotong royong ini  dilaksanakan mengikut stesen yang dikendalikan  mengikut Jabatan masing-masing.
Timbalan Pengarah membuat pemantauan

Jabatan Teknologi Pendidikan telah mengadakan gotong royong membersihkan bilik mesyuarat dan tempat penyimpanan bahan tugasan pelajar. Di samping itu gotong royong mengecat bangunan di bahagian  hadapan Jabatan Teknologi Pendidikan juga dilaksanakan. Pelajar PISMP S3 BC dan PRA telah membantu menjatakan projek gotong royong ini.
KU Teknologi Pendidikan memberi arahan

Gotong royong ini bermula jam 7.30 pagi dan tamat pada pukul 3.30 petang. Kerjasama yang diberi oleh para pelajar amat menggalakkan. Semua para pensyarah JTP telah berpadu tenaga  melibatkan diri dalam projek gotong royong ini.

Pelajar S3 PISMP PRA


Pelajar S# PISMP PRA diberi taklimat oleh pensyarah


Seorang pelajar sedang membancuh cat sebelum memulakan kerja


Pelajar sedang mengecat bangunan di JTP


Pelajar sedang mengasing fail untuk dikitar semula


Peserta gotong royong


Pelajar berbincang  bagaimana  kaedah untuk mengecat


Buku, kertas dan fail diasingkan untuk kitar semula

24 Apr 2013

Bengkel Penggunaan Perisian Terbuka untuk Pengajaran Pembelajaran

Bengkel Pengggunaan Perisian Terbuka Untuk Kegunaan Pengajaran dan Pembelajaran telah diadakan pada  24-26 April 2013 (Rabu-Jumaat). Bengkel ini diadakan di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Johor , Skudai, Hohor Bahru. Fasilitator  kursus ini  ialah En. Kamaluddin bin Ahmad dari IPG Kampus Temenggung Ibrahim, Johor Bahru.

Kemudahan komputer yang disediakan oleh BTPNJ
Bengkel ini telah dihadiri oleh pensyarah Jabatan Teknologi Pendidikan IPGKTHO. Mereka ialah
  1. Hj. Nasirudin bin Md Top
  2. En. Ismail bin Jaafat
  3. En. Omar bin Zakaria
  4. En. Zelkepli bin Shahrom
  5. Hj. Muhammad Amin bin Simon
  6. Dr. Ong Chiek Pin
  7. Pn. Haslina binti Mohamad
  8. Cik Kan Fung Kuein
  9. Pn. Siaw Siew Kuen
  10. Dr. Tey Kiet Huat
  11. En. Hassan bin Ahmad

Sebahagian peserta kursus JTP IPGKTHO
Antara perisian terbuka yang didedahkan kepada para peserta ialah
  1. Foto Flash
  2. Image Composite Editor
  3. Foto Morph
  4. Power Sound Editor
  5. Audicity
  6. Video Pad 
  7. Format Factory
  8. Win CMap Tools
  9. Course Lab
  10. exe-Learning
  11. Xerte
  12. Zelsim
  13. Quandry
  14. Hot Potatos
  15. Learning Content Development System (LCDS)
  16. Reload
  17. Geo Gebra
  18. Free Mind
  19. Gimp
  20. Inxape
  21. Blender
  22. Visual Light Box
  23. i Spring Free

Fasilitator En. Kamaluddin bin Ahmad daripada IPGKTI
Sesi pertama didedahkan kepada beberapa contoh bahan yang dihasilkan menggunakan exe-Learning dan LCDS. Penekanan lebih kepada reka bentuk kandungan dan informasi di samping aspek teknikal. Aspek tekanikal ialah cara menggunakan nya dalah menghasilkan pakej pembelajaran yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran.

Peserta secang membentang hasil kerja

Majlis penutup telah diadakan pada 16/04/2013 (Jumaat) jam 11.45 pagi dengan penyampaian  cenderhati kepada fasilitator dan juga penyampaian sijil kehadiran kepada para peserta kursus.
Sedang menghasilkan kerja projek

Para peserta disediakan tempat tinggal di Asrama Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Johor. Kemudahan yang disedaiakan selesa dan lengkap dengan kemudahan asas yang diperlukan oleh para peserta.
Peserta daripada JTP IPGKTHO


Makmal komputer yang kondusif di BTPNJ


Majlis Penutup dengan penyampaian cenderhati kepada Fasilitator


Penyampaian sijil penyertaan kepada para peserta kursus


Jamuan makan tengahari di kantin BTPNJ

16 Apr 2013

Moderasi Kerja Kursus EDU3105 PPG Ambilan Jun 2011

Moderasi Kerja Kursus  EDU3105 bagi mata pelajaran Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran telah diadakan pada 16/04/2011 (Selasa). Moderasi ini diadakan di Bilik Mesyuarat Jabatan Teknologi Pendidikan, IPG Kampus Tun Hussein Onn, Batu Pahat, Johor. Seramai lebih daripada  500 calon telah mengambil matapelajaran ini bagi PPG Kohort 1.
Pembentangan pakej multimedia kepada panel moderasi



Ahli panel moderasi bagi mata pelajaran ini terdiri daripada pensyarah Jabatan Teknologi Pendidikan seperti berikut:

  1. Hj. Nasirudin bin Md Top
  2. En. Ismail bin Jaafat
  3. En. Omar bin Zakaria
  4. En. Zelkepli bin Shahrom
  5. Hj. Muhammad Amin bin Simon
  6. Dr. Ong Chiek Pin
  7. Pn. Haslina binti Mohamad
  8. Cik Kan Fung Kuein
  9. Pn. Siaw Siew Kuen
  10. Dr. Tay Kiet Huat

Penyelarasan markah


Moderasi ini mengambik kira markah kerja kursus yang melibatkan komponen papan cerita (20%), Pakej Multimedia (50%) dan panduan pengguna (10%) di samping markah kuiz (20%). Secara keseluruhannya sampel diambil daripada tiap-tiap pensyarah yang mengajar. Bahan  pakej ditayang menggunakan komputer serta penggunaan LCD. Bahan tersebut dinilai oleh setiap ahli panel.Markah dimoderasi mengikut kriteria-kriteria yang telah ditetapkan.

Proses moderasi

Manakala markah kuiz diakses melalui portal pembelajaran yang  dikira secara automatik oleh sistem  moodle yang digunakan dalam online learning.

Moderasi dimulakan pada pukul 9.00 pagi dan tamait pada pukul 12.45 tengahari.  Proses moderasi yang dilaksanakan berjalan lancar tanpa sebarang masalah.


Panel Moderasi



Perbincangan di kalangan panel



Peneliti kerja kursus untuk penilian




Contoh kerja kursus yang telah dimoderasi PPG Ambilan Jun 2011.

Dunia Sains dan Teknologi -Kumpulan 1-a

Dunia Sains dan Teknologi-Kumpulan 1-b

Contoh hasil kerja yang dimoderasi


Hasilan pelajar sedang disemak



13 Apr 2013

Keputusan Pertandingan

Keputusan Pertandingan

Kategori Staf IPGKTHO

Tempat Pertama
 En. Wagiman bin Jemaat
Pegawai Elektronik


Tempat Kedua
Muhammad Amin Simon
Pensyarah  Jabatan Teknologi Pendidikan
Tajuk: Tajam dan harmoni


Tempat Ketiga
Dr. Ong Chiek Pin
Pensyarah Jabatan Teknologi Pendidikan

Hadiah telah disampaikan semasa perhimpunan staf  bersama pelajar di Dewan Seri Budiman, IPG Kampus Tun Hussein On. Majlis disempurnakan oleh Pengarah IPGKTHO. Majlis diadakan pada15 April 2013 (Isnin) mulai pukul 8.00 pagi dan tamat pada pukul 9.00 pagi. Majlis dihadiri oleh staf akademik dan juga pelajar-pelajar PISMp, PPISMP yang berada di kampus..
Perhimpunan bersama pelajar




Sebahagian daripada pelajar PPISMP dan PISMP



Pensyarah  Jabatan Teknologi Pendidikan


Hadiah peserta pertandingan Fotografi

Saguhati pertandingan Fotografi


12 Apr 2013

Bengkel Fotografi dan Video

Bengkel Fotografi dan video ini telah diadakan seperti berikut:

Tarikh: 13 April 2013 (Sabtu)
Tempat: Bilik Mikro, IPG Kampus Tun Hussein Onn, Batu Pahat.
Masa: 9.00-12.00  tengahari
Kumpulan sasar: Pelajar PISMP Semester 3
Seramai 17 orang daripada 30 orang telah menghadiri kursus ini.

Penganjur: Jabatan Teknologi Pendidikan, IPK Kampus Tun Hussein Onn, Batu Pahat

Fasilitator;

  1. Muhammad Amin bin Simon
  2. Zelkepli bin Shahrom
Kehadiran peserta kursus  seperti berikut:


Pengenalan

Kamera merupakan alan yang digunakan untuk mengambil gambar berfokuskan cahaya. Kualiti gambar yang dihasilkan bergantung kemahiran pengguna menggunakan pengetahuan yang ada untuk mengambil gambar. Misalnya dedahan kepda cahaya dan kelajuan cahaya untuk menghasilkan imej. Ini perlu dikuasai oleh setiap pengguna yang menggunakan kamera.

Begitu juga kamera video digunakan untuk menghasilkan gambar gerak. Ini bermakna setiap pengguna akan merakamkan gambar yang berkonsepkan frame. Gambar diambil dan kualiti gambar dipertimbangkan kepada faktor-faktor tertentu. Semua ini perlu dikuasai. Oleh itu, bengkel kamera dan video ini sangat berfaedah kepada peserta yang mengikutinya.
Penerangan diberi kepada peserta

Objektif kursus

Di akhir  kursus ini peserta dapat
  1. Mengetahui  dan mengenalpasti bahagian-bahagian kamera.
  2. Mengaplikasikan teknik pengambilan gambar menggunakan kamera DSLR.
  3. Melakukan kerja amali diluar bilik darjah untuk mengambil gambar.
  4. Mengenalpasti bahagian-bahagian kamera video dan fungsi-fungsinya.
  5. Mengambil gambar gerak menggunakan kamera video.
  6. Melakukan kerja amali di luar bailik darjah dengan mengintegrasikan penggunaan video untuk menghasilkan bahan pengajaran pembelajaran
Fasilitator memberi penerangan
Kamera
Bahagian-bahagian asas kamera
Carapenggambaran menggunakan kamera
Kerja lapangan di luar bilik darjah

Video
Bahagian-bahagian video
Cara membuat rakam video
Kerja lapangan di luar bilik darjah

Penyuntingan  Video
Penyuntingan video menggunakan perisian Ulead Studio 11. Peserta diperkenalkan  menu utama dalam perisian ini serta fingsi tool setiap satu. Seterusnya peserta  didedahkan cara penyuntingan menggunakan garis masa. Misalnya garis  masa untuk video, teks, audio dan juga imej diintegrasikan dalam kursus ini.
Peserta menghasilkan video ringkas  dengan menggunakan gambar yang diambil sama ada menggunakan kamera DSLR(gambar pegun) dan juga menggunakan kamera video. Penerangan diberikan langkah demi langkah sehingga terhasilnya video yang dibangunkan.

Memberi bimbingan kepada peserta

Peserta berbincang dalam kumpulan

 2 Fasilitator berkongsi idea

Amali di luar bilik darjah

Peserta  sedang merakan gambar

Penerangan bahagian-bahagian kamera

Hasilan foto yang diambil

Khusuk mengambil gambar

Seronoknya mengambil gambar

Bertgukar-tukar idea

Memberi bimbingan kepada peserta  teknik mengambil gambar

Mengambil gambar

Penyuntuingan video menggunakan Ulead Studio 11

Memberi bimbingan

Sebahagian daripada para peserta kursus