27 Apr 2013

Gotong Royong Perdana 2013

Gotong Royong Perdana telah diadakan pada 27/04/2013 (Sabtu) di IPG Kampus Tun Hussein Onn, Batu Pahat. Gotong royong ini telat disertai oleh para stad akademik dan sokongan serta para pelajar PISMP,PPISMP dan DPLI . Gotong royong ini  dilaksanakan mengikut stesen yang dikendalikan  mengikut Jabatan masing-masing.
Timbalan Pengarah membuat pemantauan

Jabatan Teknologi Pendidikan telah mengadakan gotong royong membersihkan bilik mesyuarat dan tempat penyimpanan bahan tugasan pelajar. Di samping itu gotong royong mengecat bangunan di bahagian  hadapan Jabatan Teknologi Pendidikan juga dilaksanakan. Pelajar PISMP S3 BC dan PRA telah membantu menjatakan projek gotong royong ini.
KU Teknologi Pendidikan memberi arahan

Gotong royong ini bermula jam 7.30 pagi dan tamat pada pukul 3.30 petang. Kerjasama yang diberi oleh para pelajar amat menggalakkan. Semua para pensyarah JTP telah berpadu tenaga  melibatkan diri dalam projek gotong royong ini.

Pelajar S3 PISMP PRA


Pelajar S# PISMP PRA diberi taklimat oleh pensyarah


Seorang pelajar sedang membancuh cat sebelum memulakan kerja


Pelajar sedang mengecat bangunan di JTP


Pelajar sedang mengasing fail untuk dikitar semula


Peserta gotong royong


Pelajar berbincang  bagaimana  kaedah untuk mengecat


Buku, kertas dan fail diasingkan untuk kitar semula

No comments:

Post a Comment