Moderasi Kerja Kursus EDU3105 bagi mata pelajaran Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran telah diadakan pada 16/04/2011 (Selasa). Moderasi ini diadakan di Bilik Mesyuarat Jabatan Teknologi Pendidikan, IPG Kampus Tun Hussein Onn, Batu Pahat, Johor. Seramai lebih daripada 500 calon telah mengambil matapelajaran ini bagi PPG Kohort 1.
|
Pembentangan pakej multimedia kepada panel moderasi |
Ahli panel moderasi bagi mata pelajaran ini terdiri daripada pensyarah Jabatan Teknologi Pendidikan seperti berikut:
- Hj. Nasirudin bin Md Top
- En. Ismail bin Jaafat
- En. Omar bin Zakaria
- En. Zelkepli bin Shahrom
- Hj. Muhammad Amin bin Simon
- Dr. Ong Chiek Pin
- Pn. Haslina binti Mohamad
- Cik Kan Fung Kuein
- Pn. Siaw Siew Kuen
- Dr. Tay Kiet Huat
|
Penyelarasan markah |
Moderasi ini mengambik kira markah kerja kursus yang melibatkan komponen papan cerita (20%), Pakej Multimedia (50%) dan panduan pengguna (10%) di samping markah kuiz (20%). Secara keseluruhannya sampel diambil daripada tiap-tiap pensyarah yang mengajar. Bahan pakej ditayang menggunakan komputer serta penggunaan LCD. Bahan tersebut dinilai oleh setiap ahli panel.Markah dimoderasi mengikut kriteria-kriteria yang telah ditetapkan.
|
Proses moderasi |
Manakala markah kuiz diakses melalui portal pembelajaran yang dikira secara automatik oleh sistem moodle yang digunakan dalam online learning.
Moderasi dimulakan pada pukul 9.00 pagi dan tamait pada pukul 12.45 tengahari. Proses moderasi yang dilaksanakan berjalan lancar tanpa sebarang masalah.
|
Panel Moderasi |
|
Perbincangan di kalangan panel |
|
Peneliti kerja kursus untuk penilian |
Contoh kerja kursus yang telah dimoderasi PPG Ambilan Jun 2011.
|
Dunia Sains dan Teknologi -Kumpulan 1-a |
|
Dunia Sains dan Teknologi-Kumpulan 1-b |
|
Contoh hasil kerja yang dimoderasi |
|
Hasilan pelajar sedang disemak |
No comments:
Post a Comment