7 Nov 2012

Moderasi Skrip EDU3105



Tarikh: 8 November 2012 (Khamis)



Moderasi skrip jawapan bagi  kertas EDU3105-Teknologi dalam Pengajaran dan Pengajaran telah diadakan pada 8 Vovember 2012 (Khamis). Moderasi ini  diadakan di bilik mesyuarat Jabatan Teknologi Pendidikan, IPG Kampus Tun Hussein Onn. Peperiksaan bagi kertas EDU3105 tekah diadakan pada 31 Oktober 2012.





Tujuan moderasi kertas jawapan ini adalah untuk menyelaraskan  permarkahan yang dibuat oleh pemeriksa. Semua pensyarah JTP  yang mengajar  bagai mata pelajaran ini terlibat dalam moderasi ini. Mereka ialah En. Zelkefli bin Shahrom, Muhammad Amin bin Simon, En. Mohan a/l Palaniandy, En. Omar bin Zakaria, Pn. Haslina binti Mohamad, Dr Ong Cjiek Pin dan Cik Kan Fong Kuen. Pengerusi moderasi  ialah En. Ismail bin Jaafar.


Fokus utama dalam moderasi ini ialah pada  skrip jawapan yang menitik beratkan  soalan  aneka pilihan, soalan struktur, soalan esei. Soalan aneka pilihan  memberikan pemberatan 20 soalan, soalan struktur 4 soalan  yang wajib dijawab. Soalan ini meliputi  topik-topik utama  yang terdapat dalam proforma  kursus. Pemberatan setiap soalan ialah 6 markah  untuk soalan 1a, 4 markah untuk soalan 1b dan begitulah seterusnya  untuk 3 soalan yang lain dalam kategori soalan struktur.Bagi  kategori soalan esei pula, fokus utama dalam moderasi ini ialah ialah soalan esei  bagi topik reka bentuk pengajaran, media pengajaran dan juga topik-topik yang lain. Pemberatan markah bagi setiap  soalan ialah 8 markah untuk soalan 1a, 12 markah untuk soalan 1b. Begitulah seterusnya untuk 2 soalan esei yang seterusnya.


Moderasi ini telah dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Jabatan Teknologi Pendidikan dan Penyelaras  mata pelajaran EDU 3105 sebagai Ketua Moderasi. Moderasi ini dimulakan dengan menukar skrip jawapan EDU 3105 kepada pemeriksa kedua, ketiga dan seterusnya  untuk dinilai . Perbincangan telah diadakan untuk memastikan dapatan penilai  pertama dan kedua mempunyai selisih markah yang minima. Ini bagi memastikan kesahan dan kebolehpercayaan skrip  yang diperiksa adalah tinggi.


Di akhir  moderasi  ini, pemeriksa  yang berkenaan telah memasukkan markah yang telah dimoderasi kedalam borang  khusus sebelum dihantar kepada Unit Penilaian dan Peperiksaan IPG Kampus Tun Hussein Onn. Moderasi bermula pukul 9.00 pagi dan temat pada pukul 12.30 tengahari.


Angkagiliran
Jumlah skrip
Pemeriksa
2011291340001-2011291340030
30
1
2011291340031-2011291340078
29
2
2011291340079-2011291340109
29
3
2011291340110-2011291340139
29
4
2011291340140-2011291340169
30
5
2011291340170-2011291340200
30
6
2011291340201-2011291340223
23
7





No comments:

Post a Comment