9 Nov 2012

Telesidang Video (videoconferencing)

Tarikh::09 November 2012 (Jumaat)

Satu taklimat tentang penggunaan  Telesidang Video0 telah diadakan pada 9 November 2012. Taklimat ini telah disampaikan oleh  Pegawai Teknologi Maklumat IPG Kampus Tun Hussein Onn, Batu Pahat. Telesidang ini diadakan di bilik Telesidang Video di Pusat Shmber. Taklimat ini telah dihadiri oleh pensyarah-pensyarah  dari Jabatan Teknologi Pendidikan IPGKTHO.

Tujuan taklimat  telesidang video ini ialah memberi pendedahan kepada semua pensyarah JTP IPGKTHO tentang cara penggunaannya. Dalam taklimat ini sesi demo telah diadakan. Beberapa IPGK telah dihubungai untuk  sesi Telesidang Video. Misalnya Telesidang Video ke IPG Kampus Temenggung Ibrahim, IPG Kampus Ipoh dan juga IPGM Induk. Sesi berhubung telah diadakan secara  bersemuka atas talian.


Peserta telah didedahkan tentang  button-button yang digunakan, setting ke IPG lain di  7 IPG yang telah siap dipasang dengan kemudahan ini. Antara muka yang menarik penggnaan kamera yang boleh ubah telah menceriakan penggunaan  sesi demo telesidang.



Kemudahan Telesidang IPGKTHO ini telah ditempatkan di Pusat Sumber IPGKTHO. Sesi taklimat ini diadakan mulai jam 9.30 pagi dan tamat pukul 11.oo pagi. Sesi soal jawab dengan pegawai berkenaan telah diadakan.


 Peserta sedang khusuk mendengar taklimat


 Pegawai Teknologi Maklumat sedang memberikan taklimag
penggunaan Telesidang Video



No comments:

Post a Comment