27 Sept 2012

Moderasi EDU3105-Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran

Batu Pahat:Jabatan Teknologi Pendidikan telah mengadakan moderasi bagi mata pelajaran Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Kod bagi mata pelajaran ini ialah EDU3105(3+1) yang melibatkan 60 jam interaksi kuliah. Moderasi ini diadakan pada 27/09/2012 (Khamis)  mulai 9.00 paggi hingga 5.00 petang.
Meneliti pakej persembahan multimedia oleh calon

Moderasi ini dilaksanakan di bilik mesyuarat Jabatan Teknologi Pendidikan. Seramai 9 orang pensyarah melibatkan diri  iaitu Hj. Muhammad Amin Simon,En. Zelkepli Shahrom, Pn. Haslina Mohamad, Dr. Ong Chiek Pin, En.Mohan a/l Palaniandy, En. Omar Zakaria, Hj. Nasiruddin Md Top dan Cik  Kan Fong  Kuen serta En. Shaifol Bahary Sulaiman. Ketua moderator  ialah En. Zelkepli bin Shahrom Fokus utama dalam moderasi ini ialah penghasilan pembangunan perisian multimedia yang melibatkan 3 aspek utama iaitu Papan Cerita (20%), Pakeh Pembangunan Multimedia (60%) dan juga penghasilan manual pengguna (20%).


Sebahagian pensyarah yang telibat dengan moderasi

Membuat penilaian kerja kursus EDU3105

Sebahagian pensyarah JTP bersidang


Penilaian berkisar kepada  pencapaian tinggi, sederhana dan rendah. Markah moderasi diselaraskan semua  supaya tidak terdapat jurang perbezaan yang besar antara  satu pemeriksa dengan  satu pemeriksa yang lain. Di bawah adalah contoh hasil kerja yang dimoderasi.

Reka bentuk antara muka

Menu utama di skrin hadapan

No comments:

Post a Comment