Video Korporat ini diterbitkan sempena Perhimpunan Bulanan Staf Bil 5/2011. Perhimpunan ini dikendalikan oleh Jabatan Teknologi Pendidikan IPG Kampus Tun Hussein Onn.
Video ini memapaparkan tentang seloka Warga Jabatan Teknologi Pendidikan. Seloka bermula dengan penampilan Ketua Jabatan Teknologi Pendidikan, diikuti dengan Timbalan KJ, Ketua Unit TP dan Ketua Unit TMK. Selepas itu diikuti dengan pensyarah-pensyarah lain Jabatan Teknologi Pendidikan dengan memfokuskan kepada bidang tugas yang dilaksanakan. Tidak ketinggalan juga fungsi staf sokongan JTP dipaparkan bersama.
Bahagian kedua video ini mengisahkan tentang kemudahan-kemudahan yang tedapat di Jabatan Teknologi Pendidikan seperti Bulik Multimedia, Bilik Rakaman dan sebagainya. Tidak ketingalan fungsi laman web jabatan juga diketengahkan dalam video ini. Bahagian seterusnya ialah memapaparkan tentang aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan sepanjang tahun 2011 dan juga aktiviti-aktiviti lepas.
Video ini telah dibangunkan oleh Muhammad Amin Simon sebagai Pengarah Projek , Penyunting video dan audio . Di samping itu beliau bertindak sebagaai penerbit video Korporat JTP. Tidak ketinggalan penerbitan ini dibantu oleh Pn. Haslina Mohamad, sebagai penulis skrip, pembangun montaj, En. Zelkepli Shaharom sebagai Jurukamera video dan suara latar sementara En. Ismail Jaafar juga sebagai suara latar.
Dengan penerbitan video korprat ini dapat dijadikan sebagai titik tolak untuk penerbitan video-video yang lain.
aminiptho-2011
No comments:
Post a Comment