Video ini dirakam pada 28 Mac 2013. Hatyai, Thailand dalam kenangan memberikan gambaran sepintas lalu perjalanan dari Padang Besar, Perlis ke Bandar Hatyai melalui jalan darat. Perjalanan mengambil masa 1 jam 30 minit sejauh kira-kira 100 km. Untuk ke bandar ini, beberapa pekan dan bandar kecil dilalui. Sebuah bandar yang di dalamnya terdapat pelbagai aktiviti ekonomi seperti perniagaan, perkhidmatan dan perhotelan. Melalui Hatyai juga pengunjung boleh terus ke Songkhla dan juga Yala. Jalan yang dilalui menggunakan lebuh raya tanpa dikenakan sebarang tol.Tapi perlu berhati-hati kerana harga petrol di Thailand adalah berbeza-beza. Ada stesen minyak menjual dengan harga 40 bat/liter (RM4.00/liter). Ada juga yang menjual dengan harga 50 bat (RM5.00/liter). Harga tak sama. Jadi kalau berhajat ke sini, tangki minyak kenderaan perlu dipenuhkan di Malaysia.
- AMINTEACH1
- EDU3105
- EDU3093
- PADANG
- PADANG SUMATERA
- JEJAK DEMAK
- JEJAK TG BALAI
- PSU KDC
- KOIPTHO BERHAD
- KGMMB JOHOR
- E-PRAKTIKUM
- LMS
- IPTHO
- JADUAL WAKTU
- KISSM
- MY PRAKTIKUM
- JOM KE MEDAN
- E-PELAJAR
- TMK PPISMP
- PRAKTIKUM BOX
- HOMESTAY GROUP
- KEMAHIRAN AKADEMIK
- MEDAN GENERATION
- JEJAK SURABAYA
- ACEH TRIPS
- AS RUMAHKU
- EDUP3033
- e-NIAGAAMINTEACH2
- REUNION KULAI
30 Mar 2013
Hatyai Thailand dalam kenangan
Video ini dirakam pada 28 Mac 2013. Hatyai, Thailand dalam kenangan memberikan gambaran sepintas lalu perjalanan dari Padang Besar, Perlis ke Bandar Hatyai melalui jalan darat. Perjalanan mengambil masa 1 jam 30 minit sejauh kira-kira 100 km. Untuk ke bandar ini, beberapa pekan dan bandar kecil dilalui. Sebuah bandar yang di dalamnya terdapat pelbagai aktiviti ekonomi seperti perniagaan, perkhidmatan dan perhotelan. Melalui Hatyai juga pengunjung boleh terus ke Songkhla dan juga Yala. Jalan yang dilalui menggunakan lebuh raya tanpa dikenakan sebarang tol.Tapi perlu berhati-hati kerana harga petrol di Thailand adalah berbeza-beza. Ada stesen minyak menjual dengan harga 40 bat/liter (RM4.00/liter). Ada juga yang menjual dengan harga 50 bat (RM5.00/liter). Harga tak sama. Jadi kalau berhajat ke sini, tangki minyak kenderaan perlu dipenuhkan di Malaysia.
23 Mar 2013
Hentian Mahkota, Parit Simen, Batu Pahat
Hentian Mahkota terletak kira-kira 15 km daripada Batu Pahat. Jika anda ingin ke sini, anda boleh melalui Jalan Batu Pahat-Muar. Perjalanan mengambil masa kira-kira 20 minit. Bila anda sampai di Parit Simen, anda boleh membelok ke sebelah kiri. Pemandangan di sini amat indah.
Persekitaran Hentian Mahkota dikelilingi oleh hutan bakau. Terdapat beberapa gerai makanan yang menjadi tarikan pengunjung. Taman permainan kanak-kanak juga disediakan. Selain daripada itu kemudahan tandas, surau juga terdapat di sini.
Apa yang menarik bagi pengunjung di sini ialah terdapatnya kumpulan kera yang sentiasa kelihatan jinak. Kumpulan ini akan tertarik kepada mpara pengunjung yang membawa makanan. Jika anda membawa makanan, sudah tentulah kumpulan kera ini akan mengelilingi anda. Kera - kera ini akan mengambil apa sahaja yang ada pada para pengunjung.
Selain daripada itu, di isni juga tempat pendaratan nelayan kecil sisir pantai. Para nelayan akan balik membawa hasil tankapannya. Para pengunjung boleh membeli hasil tangkapan ikan daripada para nelayan di sini.
Jalan menuju ke Hentian Mahkota |
Kemudahan riadah di Hentian Mahkota, PT Simen |
Taman Permainan kanak-kanak |
Hutan bakau terletak di bahagian belakang gerai |
Taman permainan kanak-kanak |
Hutan bakau |
Seekor burung bangau |
Hutan bakau di tepi pantai |
Akar hutan bakau |
Jeti untuk nelayan |
Pemandangan di tepi pantai |
Bot nelayan |
Hentian bot nelayan di Pt. Simen |
Pemandangan ang indah |
Tempat rekreasi |
19 Mar 2013
Kursus Pensyarah IPG 2013-Zon Selatan
Kursus Induksi Pensyarah IPG 2013 Zon Selatan
Tarikh: 17-21 Mac 2013
Video ini dirakam semasa sesi pengajaran pembelajaran menggunakan ICT. Tempat dilaksanakan di IPG Perempuan Melayu Melaka. Seramai 111 orang pensyarah terlibat dalam kursus ini. Mereka dibahagikan kepada 2 kumpulan iaitu kumpulan A dan Kumpulan B . Sementera kumpulan kecil pula ialah 11 kumpulan daripada Kumpulan A dan kumpulan B, Mereka terdiri daripada pensyarah IPGKTHO (Batu Pahat) , IPGKRM (Seremban( , IPGKTI (Johor Bahru) dan IPGKPMM(Melaka)
Tarikh: 17-21 Mac 2013
7 Mar 2013
Perasmian Kejohanan Trek dan Padang 2013
7 Mac 2013 (Khamis)
Perasmian Kejohanan Trek dan Padang telah disempurnakan oleh Timbalan Pengarah .Perasmian ini diadakan pada 7 Mac 2013 di Padang IPGKTHO. Semua pelajar PISMP dan PPISMP terlibat dalam kejohanan ini. Pensyarah dan semua warga IPGKTHO turut menjayakan program ini. Majlis perasmian dimulakan pukul 2.00 petang manakala perasmian penutup diadakan pukul 5.30 petang.Pelbagai acara dipertandingkan permasuk lari 100m, 4 x 400m dan sebagainya.
6 Mar 2013
Video Acara Balapan 2013
Video ini dibangunkan pada 6 Mac 2013. Kandungan video ini berfokus
kepada aktiviti jualan yang dilaksanakan oleh para pelajar. Pelbagai
makanan dijual di sini sempena aktiviti Kejohanan Trek dan Padang di
IPG Kampus Tun Hussein Onn. Di samping itu dipaparkan juga pelbagai
acara yang dipertandingkan seperti acara lompat jauh, lompat tinggi dan
sebagainya. Pada hari ini aktiviti ditumpukan kepada acara balapan. Di
sebelah pagi dilaksanakan raptai perbarisan bagi menghadapi Kejohanan
Trek dan Padang yang akan diadakan pada 7 Mac 2013 (Khamis).
5 Mar 2013
Video Pameran JTP-2012
Kejohanan Merentas Desa 2013
Subscribe to:
Posts (Atom)