16 Jun 2012

Kajian Penilaian Perisian Multimedia Interaktif

PENILAIAN PERISIAN MULTIMEDIA INTERAKTIF TOPIK JALUR GEMILANG” : SATU KAJIAN KES

OLEH


MUHAMMAD AMIN BIN SIMON



FAKULTI PENDIDIKAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

OKTOBER  2006



ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk menilai mutu perisian multimedia pendidikan topik “Jalur Gemilang” dari segi reka bentuk isi kandungan, reka bentuk strategi pengajaran, reka bentuk persembahan pengajaran dan aspek teknikal serta keberkesanan perisian dalam meningkatkan pencapaian pelajar dan kemahiran berfikir secara kritis (kemahiran analisis). Perisian yang dinilai ialah perisian multimedia yang dibangunkan oleh Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia. Reka bentuk penyelidikan bersifat kuantitatif yang digunakan adalah reka bentuk penyelidikan tinjauan menggunakan instrumen soal selidik dan juga reka bentuk pra-eksperimen jenis ujian pra-ujian pos satu kumpulan.  Seramai tiga puluh satu orang responden yang dari Unit Kursus Diploma Pendidikan Malaysia  Pengajian Cina/Kajian Tempatan Ambilan Januari 2005 dan lima orang pensyarah yang mengajar mata pelajaran Kajian Tempatan di sebuah Institiut Pendidikan Guru  di Johor telah terlibat dalam kajian ini. Darjah kebolehpercayaan Alpha Cronbach bagi kedua-dua instrumen untuk pelajar dan pensyarah ialah  0.9o69 dan 0.8840.  Mutu perisian dianalisis menggunakan kaedah analisis statistik deskriptif melibatkan min, peratus, dan sisihan piawai. Perbezaan pencapaian ujian pra dan ujian pos pula akan dianlisis menggunakan Ujian T jenis Paired-Samples T- Test.  Dapatan kajian menunjukkan perisian ini mempunyai konstruk reka bentuk isi kandungan pengajaran, strategi pengajaran, persembahan pengajaran, aspek teknikal  adalah baik dengan min melebihi 4.00 bagi setiap konstruk.  Analisis pencapaian pelajar pula menunjukkan perisian ini mempunyai kesan yang signifikan terhadap pencapaian pelajar dan juga penguasaan kemahiran berfikir secara kritis (kemahiran analisis).  Ini menunjukkan bahawa perisian multimedia “Jalur Gemilang” dapat membantu pelajar meningkatkan prestasi mereka bagi topik berkenaan.


ABSTRACT

The aim of the research is to evaluate the use of multimedia educational software entitled “Jalur Gemilang” in terms of content, learning design, presention and technical aspects. It is expected that the use of multimedia word increase students’ performance and critical thinking.  The software content evaluated is designed by Educational Technology Division, Ministry of Education Malaysia. The research is quantitative based by using questionares and pre-test. Thrity one respondents are chosen from Chinese Study/Local Study in the Diploma in Education Malaysia Course (KDPM) unit. The respondents involved in the research are mainly from the January 2005 students intake and five lecturers from Teacher Training Institute in Johor. The degree of Alpha Cronbach validity for both instruments used for students and lecture were  0.9069 and 0.8840.  The software standard is analysed by using descriptive analysis of statistic which involve the mean, precentage and standard deviation.  The difference for pre and post test are analysed by using Paired-Samples T-Test.  Based on the four construct analysed, which are mainly the content, learning design, presention and technical aspects, the mean is more than four for each construct. Thus, by using the software the students has performed significantly and critical skill could be achieved. As conclusion the “Jalur Gemilang” multimedia software do contribute in increasing the students’ achievement for particular topic learnt.

Teks Penuh Klik di sini