PENILAIAN PERISIAN
MULTIMEDIA INTERAKTIF TOPIK “JALUR GEMILANG” : SATU KAJIAN KES
OLEH
MUHAMMAD AMIN BIN SIMON
FAKULTI PENDIDIKAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI
MALAYSIA
OKTOBER 2006
ABSTRAK
Kajian
ini bertujuan untuk menilai mutu perisian multimedia pendidikan topik “Jalur
Gemilang” dari segi reka bentuk isi kandungan, reka bentuk strategi pengajaran,
reka bentuk persembahan pengajaran dan aspek teknikal serta keberkesanan
perisian dalam meningkatkan pencapaian pelajar dan kemahiran berfikir secara
kritis (kemahiran analisis). Perisian yang dinilai ialah perisian multimedia
yang dibangunkan oleh Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pelajaran
Malaysia. Reka bentuk penyelidikan bersifat kuantitatif yang digunakan adalah
reka bentuk penyelidikan tinjauan menggunakan instrumen soal selidik dan juga reka
bentuk pra-eksperimen jenis ujian pra-ujian pos satu kumpulan. Seramai tiga puluh satu orang responden yang dari
Unit Kursus Diploma Pendidikan Malaysia
Pengajian Cina/Kajian Tempatan Ambilan Januari 2005 dan lima orang pensyarah
yang mengajar mata pelajaran Kajian Tempatan di sebuah Institiut Pendidikan
Guru di Johor telah terlibat dalam
kajian ini. Darjah kebolehpercayaan Alpha
Cronbach bagi kedua-dua instrumen untuk pelajar dan pensyarah ialah 0.9o69 dan 0.8840. Mutu perisian dianalisis menggunakan kaedah
analisis statistik deskriptif melibatkan min, peratus, dan sisihan piawai. Perbezaan
pencapaian ujian pra dan ujian pos pula akan dianlisis menggunakan Ujian T
jenis Paired-Samples T- Test. Dapatan kajian menunjukkan perisian ini
mempunyai konstruk reka bentuk isi kandungan pengajaran, strategi pengajaran, persembahan
pengajaran, aspek teknikal adalah baik dengan
min melebihi 4.00 bagi setiap konstruk. Analisis
pencapaian pelajar pula menunjukkan perisian ini mempunyai kesan yang
signifikan terhadap pencapaian pelajar dan juga penguasaan kemahiran berfikir
secara kritis (kemahiran analisis). Ini
menunjukkan bahawa perisian multimedia “Jalur Gemilang” dapat membantu pelajar
meningkatkan prestasi mereka bagi topik berkenaan.
ABSTRACT
The aim of the research is to evaluate the
use of multimedia educational software entitled “Jalur Gemilang” in terms of
content, learning design, presention and technical aspects. It is expected that
the use of multimedia word increase students’ performance and critical
thinking. The software content evaluated
is designed by Educational Technology Division, Ministry of Education Malaysia.
The research is quantitative based by using questionares and pre-test. Thrity
one respondents are chosen from Chinese Study/Local Study in the Diploma in
Education Malaysia Course (KDPM) unit. The respondents involved in the research
are mainly from the January 2005 students intake and five lecturers from
Teacher Training Institute in Johor. The degree of Alpha Cronbach validity for
both instruments used for students and lecture were 0.9069 and 0.8840. The software standard is analysed by using
descriptive analysis of statistic which involve the mean, precentage and
standard deviation. The difference for
pre and post test are analysed by using Paired-Samples T-Test. Based on the four construct analysed, which
are mainly the content, learning design, presention and technical aspects, the
mean is more than four for each construct. Thus, by using the software the
students has performed significantly and critical skill could be achieved. As
conclusion the “Jalur Gemilang” multimedia software do contribute in increasing
the students’ achievement for particular topic learnt.
Teks Penuh Klik di sini
Teks Penuh Klik di sini