Kursus Membina Blog PISMP Semester 2 dan DPLI Tarikh: 08/09/2012 (Sabtu) 9.00-12.00 tgh
Kursus membina blog Siri 1 telah diadakan pada 8 September 2012 (Sabtu) bertempat di Bilik Persidangan Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Hussein Onn. Kursus ini telah dihadiri oleh pelajar-pelajar PISMP Ambilan Januari 2012 yang terdiri daripada pelbagai unit. Kursus ini telah dikendalikan oleh Tn. Hj. Muhammad Amin bin Simon.dan dibantu oleh Pn. Haslina binti Mohamad serta En. Zelkepli bin Shahrom.
Fasilitator memberikan penerangan
Objektif kursus siri 1 ini ialah di akhir sesi bengkel peserta dapat
membuka akaun e-mail
membina akaun blog dengan menggunakan blogspot
memahami dan menggunakan kemudahan tool yang ditawarkan dalam blog
menukar template yang digemari oleh perserta
memuat naik (upload) gambar dari komputer dan internet
memuat naik (upload) video daripada komputer, youtube dan my youtube
No comments:
Post a Comment